Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Republic Czech dipilih ganti Rusia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia -

Republic Czech dipilih ganti Rusia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia

PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memilih Republik Czech menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rusia, yang digantung keahliannya, lapor Xinhua.

Perhimpunan Agung pada 7 April menerima pakai resolusi untuk menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Geneva selepas Rusia melancarkan “operasi ketenteraan khas” di Ukraine. Rusia segera ambil keputusan menamatkan keahliannya dalam majlis 47 anggota itu.

Dalam undian yang diadakan pada Selasa, Republik Czech dipilih menggantikan Rusia untuk baki penggal tiga tahunnya yang berakhir pada 31 Dis 2023. Penggal Republik Czech bermula serta-merta.

Republik Czech dipilih dengan 157 undi menyokong, dan 23 berkecuali.

Majlis Hak Asasi Manusia, yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2006, merupakan badan PBB untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Ahli-ahli majlis dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun secara berperingkat.–Bernama