Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemandu mengantuk dipercayai punca nahas korbankan dua beranak di Putrajaya -

Pemandu mengantuk dipercayai punca nahas korbankan dua beranak di Putrajaya

SEORANG wanita dan anak lelakinya berusia dua tahun maut apabila kereta jenis perodua Myvi dinaiki mereka, terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian 2.45 petang itu, Amalina Azman, 32, yang cedera parah disahkan meninggal di Hospital Putrajaya manakala anak lelakinya Dzul Qarnain Mohd Iqbal maut di lokasi kejadian.

Menurut A.Asmadi kereta yang dipandu suami mangsa itu dipercayai terbabas sendiri dan melanggar penghadang air  atau ‘water barrier’ di bahu kiri jalan itu.

Bagaimanapun katanya suami mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

Menurut A.Asmadi siasatan awal mendapati suami mangsa dipercayai mengantuk ketika memandu, lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

— BERNAMA