[VIDEO] Ten Hag bimbing United musim depan

0
325

ERIK ten Hag akan meninggalkan Ajax untuk menjadi pengurus Manchester United pada musim depan, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini.

Pengendali berusia 52 tahun yang menandatangani kontrak selama tiga tahun berdepan tugas besar untuk mengubah nasib United selepas lima musim tanpa sebarang trofi.

Ten Hang menjadi pengurus tetap kelima di Old Trafford sejak persaraan Sir Alex Ferguson yang menyaksikan prestasi juara liga 20 kali itu menjunam.

“Satu penghormatan yang besar apabila dilantik sebagai pengurus Manchester United dan saya teruja dengan cabaran yang akan datang,” kata Ten Hag.

“Saya tahu sejarah pasukan ini dan semangat penyokong. Saya berazam untuk membangunkan pasukan yang mampu menghadiahkan kejayaan yang sepatutnya.

“Satu keputusan yang sukar untuk meninggalkan Ajax tetapi saya memberi jaminan untuk terus komited dalam membawa kejayaan bersama Ajax sebelum berpindah ke United.”

Perubahan besar pada musim panas yang perlu dilakukan menyaksikan Ten Hag perlu bekerjasama rapat bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Richard Arnold; pengarah teknikal, Darren Fletcher dan pengarah bola sepak, John Murtough.

“Sepanjang empat musim di Ajax, Erik sudah membuktikan reputasinya sebagai salah satu jurulatih terbaik di Eropah yang dikenali dengan permainan menyerang dan menarik selain komitmen kepada pemain muda,” kata Murtough.

Dalam perbincangan sebelum pelantikan ini, kami tertarik dengan visi jangka panjangnya untuk mengembalikan United ke tahap yang sepatutnya serta semangatnya untuk mencapai perkara itu.” – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here