Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 1.4 juta kanak-kanak terima satu dos vaksin Covid-19 -

Lebih 1.4 juta kanak-kanak terima satu dos vaksin Covid-19

SEBANYAK 1,420,019 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun atau 39.9 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 452,633 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 12.7 peratus, telah lengkap divaksinasi.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,875,587 individu atau 92.4 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,976,803 atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa, sebanyak 15,980,555 individu atau 67.9 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,961,507 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, selain 23,238,533 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sebanyak 55,642 dos vaksin diberikan, melibatkan 40,397 dos kedua, 6,247 dos penggalak dan 8,998 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,692,713.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 16 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam, dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu lima kes diikuti Johor dengan tiga kes.

Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing merekodkan dua kes, manakala Perak serta Sarawak masing-masing mencatatkan satu kes.

— BERNAMA