Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rugi RM20,000 sarang madu kelulut dimusnah beruang -

Rugi RM20,000 sarang madu kelulut dimusnah beruang

SEORANG pengusaha madu kelulut di Kampung Geretak Kangkong, Kuala Krai kerugian RM20,000 apabila 30 daripada 180 sarang kelulutnya dimusnahkan beruang sejak akhir tahun lepas.

Che Awang Mat Zin, 69, yang mengusahakan madu kelulut di tanah seluas 0.4 hektar berkata kejadian terbaharu berlaku semalam.

Menurutnya, selain log kelulut, haiwan liar itu turut merosakkan pagar yang dibina di kawasan madu kelulutnya itu. 

“Setiap satu log berharga RM700, akibat serangan haiwan liar itu saya kerugian kira-kira RM20,000.

“Akibat kejadian itu hasil tuaian dan pendapatan saya terjejas, sebelum ini saya mampu meraih pendapatan RM1,500 hingga RM2,000 sebulan hasil jualan madu kelulut,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Che Awang berkata sebelum ini dia pernah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan segera.

“Perhilitan telah mengambil tindakan dengan memasang perangkap haiwan itu beberapa bulan lepas namun tidak berhasil kerana haiwan itu ‘cerdik’.

“Jika haiwan ini berterusan berkeliaran bukan sahaja sarang kelulut saya musnah, malah penduduk dan kebun penduduk di sini turut terancam, saya harap pihak berwajib akan terus mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini,” kata pesara kerajaan itu.

— BERNAMA