Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Zahid 'kunci mulut' isu siapa bakal jadi MB Johor -

Zahid ‘kunci mulut’ isu siapa bakal jadi MB Johor

STATUS calon Menteri Besar Johor ke-19 terus menjadi tanda tanya apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengunci mulut sebaik kembali daripada menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, petang tadi.

Ahmad Zahid dilihat kembali ke Pejabat Perhubungan UMNO Johor jam 4 petang tadi selepas hampir satu jam menghadap Sultan Ibrahim.

Beliau yang juga Presiden UMNO diiringi Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, naik ke tingkat tiga bagi mengadakan perbincangan.

Memetik laporan Berita Harian, semua pemimpin berkenan dilihat turun setengah jam kemudian sebelum meninggalkan Pejabat Perhubungan UMNO Johor.

Usaha mendapatkan komen daripada ketiga-tiga pemimpin itu gagal apabila mereka terus mengunci mulut walaupun disoal bertalu-talu oleh media.

Mereka dilihat meninggalkan perkarangan pejabat itu dalam kenderaan berbeza.

Difahamkan, ketiga-tiga pemimpin itu bergerak ke kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana bagi mengadakan perbincangan tertutup susulan pertemuan dengan Sultan Ibrahim.

Setiausaha Kerja UMNO Johor, Pandak Ahmad, turut enggan mengulas lanjut apabila didekati pengamal media.

“Saya tidak boleh komen apa-apa. Maaf sangat-sangat ya.

“Tunggulah, jika ada sebarang pengumuman akan dimaklumkan Pejabat UMNO Johor nanti,” katanya.