Facebook Instagram
  • Semasa
    • Jenayah
    • Mahkamah
  • Rencana
    • Pendapat
    • Analisis
  • Politik
  • Dunia
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Video
Search
NEWSPAPER DISCOVER THE ART OF PUBLISHING
  • Semasa
    • Jenayah
    • Mahkamah
  • Rencana
    • Pendapat
    • Analisis
  • Politik
  • Dunia
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Video
Home Semasa Jenayah Suri rumah rugi RM57,508, terperdaya tawaran kerja sambilan dalam Facebook
  • Semasa
  • Jenayah

Suri rumah rugi RM57,508, terperdaya tawaran kerja sambilan dalam Facebook

By
Admin
-
March 9, 2022
0
368
Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
    Gambar hiasan

    Oleh RIZQI ZABIDI

    SEORANG suri rumah kerugian sebanyak RM57,508 setelah terperdaya dengan tawaran untuk bekerja secara dalam talian yang diterimanya menerusi aplikasi Facebook.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Supritendan Elias Omar berkata, mangsa yang berusia 24 tahun pada mulanya ternampak iklan tawaran pekerjaan sambilan tersebut yang dipautkan dengan sebuah laman web membeli-belah secara dalam talian.

    Katanya, suri rumah itu kemudiannya telah menekan satu pautan yang membawanya untuk menyertai sebuah kumpulan Whatsapp dengan tajuk ‘Group 929 Partimer Assignment’.

    “Mangsa kemudiannya diminta untuk berhubung dengan pihak perkhidmatan pelanggan dan diperkenalkan dengan individu bernama ‘Adam’.

    “Adam kemudiannya menugaskan mangsa untuk membeli pelbagai barangan menerusi laman web beli-belah itu dan dijanjikan komisen lumayan bagi setiap pembelian dilakukan.

    “Setakat ini difahamkan mangsa telah membuat bayaran ke 13 akaun yang berbeza bagi pembelian pelbagai barangan diminta Adam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Tambahnya, mangsa hanya menyedari ditipu apabila dia masih diminta membuat bayaran ke akaun suspek dengan pelbagai alasan walaupun masih tidak menerima komisen dijanjikan.

    “Mangsa telah membuat laporan polis pada 8 Mac lalu dan kerta siasatan kemudiannya dibuka dengan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – SB

    • TAGS
    • Suri rumah rugi RM57508
    • terperdaya tawaran kerja sambilan dalam Facebook
    Facebook
    Twitter
    Pinterest
    WhatsApp
      Previous articleSyafie kecewa rakan-rakan industri buat gimik murahan
      Next articleNajib perlu segera beri jawapan, bukan tunggu hingga PRN Johor berakhir
      Admin
      Admin
      https://satuberita.my
      Sign in
      Welcome! Log into your account
      Forgot your password? Get help
      Password recovery
      Recover your password
      A password will be e-mailed to you.

      LEAVE A REPLY

      Log in to leave a comment

      Terkini

      • Pengundi luar tidak pulang jejas peluang PN – Faizal Azumu
      • 8,000 peniaga makanan di Johor bakal gulung tikar
      • Tiga maut bas ekspres terbabas di Kuala Lipis
      • Harga beras naik mendadak: Bukan sahaja B40, semua rakyat terasa beban
      • BERSATU terus pertahan kepercayaan rakyat – Muhyiddin
      © Newspaper WordPress Theme by TagDiv