Hapus kandungan, Spotify tutup pejabat di Rusia

MENGIKUT jejak langkah beberapa syarikat besar yang lain, aplikasi penstriman popular, Spotify mengambil tindakan drastik dengan menutup pejabat mereka di Rusia.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menghapus sementara beberapa kandungan yang datang dari negara berkenaan sebagai tanda protes terhadap perang Rusia-Ukraine yang sedang berlangsung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, mereka menutup pejabat berkenaan sehingga ke satu tarikh kelak dan dalam masa yang sama menudukung penuh produk muzik dari Ukraine.

“Kami telah menutup pejabat di Rusia dan memberikan sokongan penuh kepada karyawan muzik Ukraine.

“Ini juga sebagai langkah untuk menjaga keselamatan pekerja di sana daripada peperangan yang berlaku,” jelas wakil Spotify seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

Namun begitu, mereka tidak bercadang untuk menghentikan terus akses kepada penduduk Rusia sebaliknya tetap memberikan maklumat global kepada mereka.

Spotify juga memberikan panduan kepada pelanggan untuk mengakses berita-berita boleh dipercayai.

Dalam pada itu, aplikasi berkenaan juga sudah menghapus kandungan dari Sputnik, yang juga merupakan satelit milik Kesatuan Soviet.

Tidakan yang yang dilakukan oleh Spotify ini sebenarnya mengikut jejak langkah beberapa syarikat lain seperti Netflix yang telah menghentikan semua projek di sana.

Beberapa projek filem dan drama yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sebagai bantahan atas konflik yang berlaku.

Antara produk yang menjadi mangsa termasuklah Zato, sebuah drama yang berkisahkan tentang seorang detektif. Meskipun sedang menjalani proses pasca-produksi, ia tetap hentikan.

Lebih drastik, Netflix juga menghentikan tayangan produk dari Rusia meskipun ada peraturan yang mewajibkan mereka menayang semua drama dan filem dari negara berkenaan.

Terdahulu, beberapa produksi besar tekah pun menghentikan tayangan serta merta di sana termasuklah filem The Batman (Warner Bross), Turning Red (Walt Disney) dan Morbius (Sony Pictures).–SB