Suami nikah pengasuh anak, rumah tangga Mawar musnah

0
6050

KALAU sudah hilang kasih sayang, apa pun boleh berlaku. Ini juga yang terjadi kepada rumah tangga penyanyi Mawar Dhimas Febra dan bekas suaminya Steno Ricarda yang musnah angkara orang ketiga.

Meskipun sudah satu dekad menikah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, perkahwinan tersebut lebur angkara pengasuh anak sendiri!

Kisah Steno yang curang dan menikahi pengasuh benar-benar membuatkan membikin kecoh industri hiburan Indonesia yang menganggap ia tidak sepatutnya berlaku.

Bagi Mawar, tiada apa lagi yang harus dipertahankan memandangkan dia sudah diduakan oleh suami sejak sekian lama.

Sepanjang perkahwinan Mawar dan Steno, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Paling menghancurkan hati apabila wanita yang menganggu rumah tangganya itu adalah Susi, pengasuh anak sendiri yang sudah dianggap seperti adik sendiri.

Menerusi pendedahan Mawar di Instagram, dia menjelaskan kejadian seperti itu bukanlah kali pertama sepanjang perkahwinan mereka.

Selama ini, dia juga cuba yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangganya namun usahanya itu sia-sia. Mawar dan Steno akhirnya bercerai pada 11 Januari 2022 lalu.

Paling mengejutkan, minggu lalu beredar beberapa keping foto perkahwinan Steno bersama Susi yang dipercayai baru sahaja berlangsung seperti yang dimuat naik oleh jurusolek.

Tidak betah duduk diam, Steno akhirnya buka mulut dan menafikan yang dia berselingkuh seperti mana yang didakwa.

Foto perkahwinan Steno bersama Susi, yang dipercayai berlangsung baru-baru ini.

“Saya mahu memberikan penjelasan kepada media yang menuduh saya melakukan perselingkuhan. Tuduhan tersebut tidak benar.

“Saya sudah rasmi bercerai dan kami sama-sama sudah bersetuju. Kami juga menandatangani perjanjian bertulis termasuk berkaitan isu anak,” tegasnya.

Namun, kenyataan tersebut dianggap alasan oleh netizen di sana dan menganggap dia hanya mempertahan diri daripada terus dituduh berselingkuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here