Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keadaan Haeriyanto semakin stabil -

Keadaan Haeriyanto semakin stabil

SELEPAS tiga hari dimasukkan ke hospital akibat serangan strok, pelakon Haeriyanto Hassan semakin stabil dan sedang menjalani pemantauan rapi oleh doktor.

Dia yang dimasukkan ke hospital sepatutnya menjalani pembedahan untuk membuang ketulan darah beku berkenaan namun terpaksa ditangguh akibat tekanan darah terlalu tinggi.

Perkara tersebut disahkan oleh adik ipar Haeriyanto, penyanyi Oja yang turut menantikan perkembangan lanjut kesihatan pelakon berkenaan.

“Semuanya terjadi apabila ada darah beku pada bahagian kepala sehingga menyebabkan keadaan badannya menjadi lemah.

“Buat masa ini kita masih menunggu apa keputusan doktor tapi apa yang kami tahu, keadaan kesihatannya semakin baik dari semasa ke semasa,” kata Oja.

Dalam pada itu, Oja berharap keadaan kesihatan pelakon berkenaan kembali pulih seperti sedia kala.

Dia bagaimanapun terkilan kerana tidak dapat menziarahi abang iparnya di hospital disebabkan kes harian Covid-19 yang sedang memuncak.

“Kami tidak dapat ziarah di hospital kerana peraturan sangat ketat disebabkan peningkatan kes harian Covid-19. Jadi hanya bertanya khabar melalui kakak sahaja.

“Semoga abang ipar saya akan kembali sihat dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan. Itu yang kami sekeluarga harapkan,” tambahnya lagi.

Pada Sabtu Oja berkongsi Haeriyanto dikejarkan ke hospital selepas keadaannya kesihatannya merosot dan sukar bergerak.

Sekadar info, Haeriyanto berkahwin dengan kakak Oja iaitu Afrinas Donny pada 2008 dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. – SB