Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jumlah PPS, ,mangsa banjir di Kelantan, Terengganu meningkat petang ini -

Jumlah PPS, ,mangsa banjir di Kelantan, Terengganu meningkat petang ini

HUJAN lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu mengakibatkan jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu terus meningkat petang ini berbanding pagi tadi.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 5,722 orang daripada 1,736 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 4,335 orang daripada 1,287 keluarga pagi tadi, melibatkan 102 PPS yang beroperasi.

PPS tersebut merangkumi lapan daerah di Terengganu iaitu Setiu dengan 25 buah , Besut (24), Kemaman (19), Hulu Terengganu (16), Dungun (11), Kuala Nerus (lima), Kuala Terengganu (satu) dan Marang (satu).

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah mangsa tertinggi masih di daerah Kemaman iaitu 1,924 orang, diikuti Setiu (1,039), Hulu Terengganu (1,001), Dungun (804), Besut (709), Kuala Nerus (202), Kuala Terengganu (38) dan Marang (lima).

Sementara itu di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,018 orang daripada 2,019 keluarga setakat 5 petang ini berbanding 3,222 orang daripada 1,034 keluarga, pagi tadi.

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sebanyak 64 PPS dibuka melibatkan tujuh jajahan iaitu 16 di Kuala Krai, masing-masing 15 di Pasir Mas dan Tanah Merah, lapan di Jeli, enam di Pasir Puteh, tiga di Machang manakala satu di Kota Bharu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Penguasa Kanan Bomba II Mohd Wildan Azhari berkata sebanyak 12 operasi pemindahan dan menyelamat mangsa banjir telah dilaksanakan pihaknya melibatkan 52 mangsa, sejak Jumaat lepas. – BERNAMA