[VIDEO] Senarai calon PRN Johor – PN ketengahkan 41 muka baharu

0
5080

PERIKATAN Nasional (PN) hari ini mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan mempertaruhkan 41 muka baharu, untuk bertanding pada 12 Mac depan.

Senarai calon itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekaligus mengesahkan gabungan parti berkenaan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor .

Hanya 15 calon yang pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini dikekalkan. Bersatu menyenaraikan 33 calon, manakala PAS (15) dan Gerakan (lapan), dengan 50 daripadanya adalah lelaki.

“Calon paling muda berusia 31 tahun… jadi usia yang muda itu agak lebih ramai berbanding yang lain.  Saya anggap ini adalah satu pasukan yang kuat, ada pengalaman dan berkelayakan,” kata Muhyiddin selepas Majlis Memperkenal Calon PN PRN Johor di Pulai, hari ini.

Mengulas lanjut, Presiden Bersatu itu berkata calon PN adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu usahawan, ahli perniagaan, bekas guru, pensyarah, peguam, akauntan dan pengamal perubatan.

Antara muka baharu yang ditampilkan oleh PN ialah Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri iaitu Zulkifli Bujang yang dicalonkan di DUN Larkin manakala bekas pemain bola sepak Johor Mohd Faizal Asmar pula dicalonkan bagi kerusi DUN Penawar.

Berikut adalah senarai penuh calon PN:

  1. N01 BULOH KASAP – ENCIK NORAZMAN BIN MD DIAH
  2. N02 JEMENTAH – USTAZAH MAIMUNAH SAFWAH BINTI MUSA
  3. N03 PEMANIS – ENCIK UZZAIR BIN ISMAIL
  4. N04 KEMELAH – PUAN NORMALA BINTI SUDIRMAN
  5. N05 TENANG – ENCIK AHMAD HUMAIZI BIN UDIN @ UZIR
  6. N06 BEKOK – ENCIK TAN LEK KHANG
  7. N07 BUKIT KEPONG – DATO’ DR SAHRUDDIN BIN JAMAL
  8. N08 BUKIT PASIR – ENCIK MUHD NUR IQBAL BIN ABD RAZAK
  9. N09 GAMBIR – ENCIK MOHD SOLIHAN BIN BADRI
  10. N10 TANGKAK – DR CHONG FAT FULL
  11. N11 SEROM – ENCIK RAHMAT BIN DAUD
  12. N12 BENTAYAN – ENCIK TAN KOK HONG
  13. N13 SIMPANG JERAM – USTAZ ZARUL BIN SALLEH
  14. N14 BUKIT NANING – HAJI MAHADZIR BIN ABU SAID
  15. N15 MAHARANI – ENCIK ABD AZIZ BIN TALIB
  16. N16 SUNGAI BALANG – ENCIK ZAINUDIN BIN SAYUTI
  17. N17 SEMERAH – DATUK HAJI ARISS BIN HAJI SAMSUDIN
  18. N18 SRI MEDAN – ENCIK OTHMAN BIN KEPOL
  19. N19 YONG PENG – PUAN YONG FUI LING
  20. N20 SEMARANG – CIK SHAZANI BINTI A. HAMID
  21. N21 PARIT YAANI – USTAZ AHMAD NAWFAL BIN MAHFODZ
  22. N22 PARIT RAJA – ENCIK ZULKIFLI BIN MAT DAUD
  23. N23 PENGGARAM – ENCIK SIA WEE YET
  24. N24 SENGGARANG – ENCIK KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
  25. N25 RENGIT – ENCIK MOHAMMAD HUZAIR BIN LAJIS
  26. N26 MACHAP – USTAZ AZLISHAM BIN AZAHAR
  27. N27 LAYANG-LAYANG – ENCIK ALAGATHIRAN A/L KRISHNAN
  28. N28 MENGKIBOL – ENCIK WONG CHAN GIAP
  29. N29 MAHKOTA – ENCIK MOHAMAD NOR BIN LINGAN
  30. N30 PALOH – ENCIK SELVENDRAN A/L VELU
  31. N31 KAHANG – ENCIK DAUD BIN YUSOF
  32. N32 ENDAU – PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB
  33. N33 TENGGAROH – HAJI ROSLAN BIN NIKMAT
  34. N34 PANTI – ENCIK HASAN BIN RASID
  35. N35 PASIR RAJA – PUAN JAWAHIR BINTI HUSEIN
  36. N36 SEDIILI – ENCIK MOHD HASNOLHADI BIN MOHD SEBALAS
  37. N37 JOHOR LAMA – ENCIK MOHAMAD ALIAS BIN RASMAN
  38. N38 PENAWAR – ENCIK MOHD FAIZAL BIN ASMAR
  39. N39 TANJUNG SURAT – ENCIK SELAMAT BIN UJUD
  40. N40 TIRAM – DR KARIM BIN DERAMAN
  41. N41 PUTERI WANGSA – ENCIK LOH KAH YONG
  42. N42 JOHOR JAYA – DATO’ DR KER CHING SHENG
  43. N43 PERMAS – ENCIK TAZUL ARIFIN BIN NASRI
  44. N44 LARKIN – ENCIK ZULKIFLI BIN BUJANG
  45. N45 STULANG – ENCIK YAP CHIANG YOUIS
  46. N46 PERLING – ENCIK KHOO SIAW LEE
  47. N47 KEMPAS – ENCIK NUR FAIZAL BIN ABDULLAH
  48. N48 SKUDAI – ENCIK KHOO KONG EK
  49. N49 KOTA ISKANDAR – ENCIK SAMSUDIN BIN ISMAIL
  50. N50 BUKIT PERMAI – HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI
  51. N51 BUKIT BATU – ENCIK TAN HENG CHOON
  52. N52 SENAI – ENCIK YEO KWEE KWANG
  53. N53 BENUT – YB SENATOR DATO’ ISA BIN AB. HAMID
  54. N54 PULAI SEBATANG – USTAZ ABDULLAH BIN HUSIN
  55. N55 PEKAN NANAS – DATO’ TAN CHIN HOC
  56. N56 KUKUP – ENCIK MAHATHIR ISKANDAR BIN MUHAMMAD

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here