Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KKMM terima banyak aduan berita palsu PRN Johor -

KKMM terima banyak aduan berita palsu PRN Johor

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerima banyak aduan berkaitan berita palsu melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan memantau perkara berkenaan namun buat masa ini keadaan masih terkawal.

“Kita kena sepanjang masa memantau keadaan itu (berita palsu) dan kita tahu, kita tidak boleh menghapuskan 100 peratus tetapi kita menggerakkan dan membangkitkan kesedaran kerana menyebarkan berita palsu bukan sahaja tidak baik malah tidak membawa untung kepada sesiapa,” katanya kepada Bernama selepas program Santai Anak Muda di Ngepot Kabin di sini malam tadi.

Sementara itu, mengenai pengundi muda pada PRN Johor, Annuar berkata beliau yakin orang muda di negara ini mempunyai maklumat dan pengetahuan luas untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan menentukan kepimpinan negara. 

Terdahulu, Annuar yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Johor bermula hari ini menunaikan solat maghrib bersama penduduk di Kampung Melayu di sini.

Beliau dijadual melancarkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Zon Tengah di Felda Kahang Barat di sini pada pagi ini dan menyampaikan watikah Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Zon Tengah di sini pada sebelah malam.

 Pada Ahad, Annuar akan menghadiri Town Hall Bicara Keluarga Malaysia dan pelancaran Hari Radio Sedunia di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor di Johor Bahru. – BERNAMA