Perhilitan Pahang, Perak kesan tapak kaki Pak Belang di Cameron Highland

0
605

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

KERISAUAN penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Ubi, Cameron Highlands, Pahang mengenai kehadiran harimau belang di kampung tersebut, Khamis lalu, hampir menjadi kenyataan.

Ini kerana, menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md. Yasin, hasil siasatan dijalankan, pihaknya berjaya menjumpai kesan tapak kaki harimau belang pada jarak satu kilometer (km) dari perkampungan berkenaan.

Justeru katanya, kakitangan Perhilitan Pahang dan Perak kini sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian dan kawasan sekitarnya, lapor Sinar Harian.

Menurut Rozidan, ia dilakukan bagi memastikan harimau belang itu kembali ke habitatnya disamping tidak mengancam penduduk di kampung tersebut.

Sebelum ini tular rakaman video berdurasi 26 saat berhubung penemuan seekor harimau belang yang dikatakan dikesan di kawasan Cameron Highlands, Pahang, dua hari lalu.

Ia merupakan video kedua tular selepas video pertama sekitar seminggu lalu di mana seekor harimau belang dikatakan berkeliaran di sekitar jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Difahamkan harimau belang berkenaan dipercayai dari hutan simpan berhampiran dan kemungkinan tersesat di kawasan berkenaan ekoran mengejar haiwan buruan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here