JIKA semalam Neelofa mengumumkan berita gembira tentang kelahiran anak pertamanya, kali ini pelakon Intan Ladyana juga mengumumkan selamat melahirkan anak perempuan pada Isnin.
Suami Intan yang juga merupakan pelakon, Harris Alif berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. 11.40 malam, 31/1/2022,” tulis Harris menerusi hantaran tersebut.
Dia juga memuat naik gambar mendukung bayi pertama mereka dengan kapsyen “Puteri sulung daddy dan mummy. Terima kasih semua atas doa yang baik.”
Terdahulu keadaan Intan menimbulkan tanya apabila dia dijangkiti wabak Covid-19 pada Disember lalu.
Ketika itu, dia dibawa mendapatkan rawatan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan rapi daripada doktor memandangkan sedang sarat mengandung.
Untuk makluman, Harris dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2020 setelah beberapa tahun berkenalan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.