Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Selepas viral laporan ular sawa, wartawan cilik buat laporan di pasar pula -

[VIDEO] Selepas viral laporan ular sawa, wartawan cilik buat laporan di pasar pula

SELEPAS tular video penemuan ular sawa, kini wartawan cilik, Muhammad Haziq Mohd Asyraf tampil dengan membuat laporan langsung di Pasar Bukit Selambau, Kedah. 

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Aksi mencuit hati ‘wartawan’ cilik lapor penemuan ular sawa di Bukit Selambau

Baca berita berkaitan: Ular sawa ‘viral’ di Bukit Selambau ditangkap

Sekali lagi, kepetahan Haziq menarik perhatian ramai menerusi video berdurasi dua minit 20 saat yang tular di aplikasi Twitter. 

Menerusi video tersebut, remaja berumur 12 tahun itu menemuramah beberapa peniaga di pasar tersebut dengan yakinnya dan dilihat seperti sudah terbiasa membuat liputan.

Memetik laporan Astro Awani, ayahnya, Mohd Asyraf Ahmad, 37, yang berniaga di pasar berkenaan menyatakan bahawa dunia kewartawanan adalah antara cabang kerjaya yang diminati oleh anaknya selain menjadi chef tersohor yang merupakan cita-cita sebenarnya.

Selain itu, Muhammad Haziq turut menyatakan bahawa kehidupannya mula berubah selepas videonya tular dan orang ramai yang menyedari kehadirannya mahu merakamkan foto kenangan terutama dalam kalangan guru sekolah dan pengunjung Pasar Pagi Bukit Selambau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian terhadap kemahirannya yang mampu membuat liputan secara langsung dengan cara penceritaannya yang mudah menangkap perhatian penonton. 

Terdahulu, tular sebuah video Muhammad Haziq yang petah berkata-kata dengan lenggok tidak ubah seperti seorang wartawan ketika ‘melaporkan’ kejadian penemuan seekor ular di Bukit Selambau.

Menerusi video tersebut, Muhammad Haziq menyatakan air di dalam longkang tersebut bertakung tinggi disebabkan terdapat seekor ular di dalamnya dan mencuba sehabis baik untuk tidak terlepas sebarang maklumat ketika melaporkan kejadian berkenaan biarpun dalam keadaan termengah-mengah. – SB