Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Johor tidak ganggu pentadbiran, perancangan kerajaan negeri: MB -

PRN Johor tidak ganggu pentadbiran, perancangan kerajaan negeri: MB

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor jika diadakan dalam waktu terdekat tidak akan mengganggu urusan pentadbiran dan pelbagai program yang dirancang kerajaan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad ketika memberi jaminan itu berkata, ini termasuk pelbagai inisiatif yang dibentangkan kerajaan negeri dalam Belanjawan Johor 2022.

“Sekiranya PRN Johor diadakan, saya beri jaminan urusan pentadbiran kerajaan negeri tidak akan terganggu manakala pelbagai program yang telah dirancang juga akan berlangsung seperti biasa.

“Ia (PRN) tidak akan ganggu pelbagai perancangan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2022,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ), di Bandar Medini, Iskandar Puteri, hari ini.

Kenyataan terbaharu Hasni itu mengukuhkan lagi khabar angin yang mengatakan Johor bakal berdepan pelaksanaan PRN dalam waktu terdekat selepas kedudukan kerajaan negeri dilihat goyah kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 28 berbanding 27 kerusi pembangkang.

Perkembangan itu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga merupakan bekas Menteri Besar Johor meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB), Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad dan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.- SB