Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kemuka dokumen palsu kepada kementerian: Pengurus syarikat direman 4 hari -

Kemuka dokumen palsu kepada kementerian: Pengurus syarikat direman 4 hari

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG pengarah sebuah syarikat direman empat hari bermula hari ini sehingga 23 Januari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan dokumen palsu kepada sebuah kementerian di Putrajaya berjumlah RM25,000.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Tiffany Chin Phin Yuan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan pada pagi tadi.

Semalam, SPRM Johor menahan suspek wanita tersebut bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi proses tuntutan pembayaran balik subsidi minyak masak sawit tulen berjumlah lebih RM25,000.

Suspek wanita yang berusia 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada jam 2 Rabu selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek telah mengemukakan dokumen palsu berbentuk invois dengan menggunakan nama syarikat lain kepada kementerian terbabit bagi proses tuntutan tersebut, sepanjang 2019.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – SB