Neelofa berdebar menanti kelahiran anak sulung

0
300

SETELAH sekian lama berdiam diri dan merahsiakan usia kandungan, Neelofa akhirnya mendedahkan yang dia bakal melahirkan cahaya mata sulungnya sedikit masa lagi.

Mengakui berdebar menantikan masa tersebut, dia bagaimanapun telah mempersiapkan mental dan fizikal untuk melalui proses kelahiran tersebut.

“Memang benar proses yang dilalui sekarang merupakan satu pengalaman yang sangat berbeza dan lain daripada yang lain.

“Saya sudah mempersoalkan mental dan membaca info-info kelahiran dan sebagainya. Saya juga ada meminta nasihat daripada ahli keluarga. Semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.

Jelasnya, dia yang bila-bila masa sahaja akan melahirkan akan mengumumkan tentang perkara tersebut kepada semua apabila tiba waktunya nanti.

Namun, harapannya adalah untuk melahirkan anak sulung secara normal dan merasai sendiri detik tersebut seperti mana yang ‘dinikmati’ ibu-ibu lain.

“Memang gementar nak melalui proses kelahiran itu nanti. Cuma saya berharap dapat melaluinya dengan selamat dan baik-baik sahaja,” tambahnya lagi.

Sebagai info, Neelofa bernikah dengan pendakwah Harris Ismail pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here