Kes mahkamah yang melibatkan kumpulan Nirvana daripada Spencer Enden nampaknya berakhir apabila saman tersebut digugurkan oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Central California.
Semua ini berlaku apabila Elden gagal mengemukakan bantahan terhadap permohonan kumpulan tersebut yang mahu kes ini digugurkan pada 31 Disember lalu.
“Plantif faham bahawa kegagalan menfailkan saman kedua akan menyebabkan kes ini digugurkan tanpa prejudis,” jelas Hakim Fernando M Olguin.
Walau bagaimanapun, pihak mahkamah masih lagi membenarkan Elden untuk memfailkan semula saman tersebut sebelum 12 Januari ini.
Kes yang berlaku kepada kumpulan legenda Nirvana ini sebenarnya cukup menarik untuk diperhatikan dan menjadi bualan peminat sejak dahulu lagi.
Baca berita berkaitan: Selepas 30 tahun, bayi model kulit depan album Nevermind saman Nirvana RM9 juta
Elden yang juga merupakan bayi yang menghiasi kulit depan album Nevermind pada tahun 1991 itu menganggap gambar telanjang tersebut merupakan satu eksploitasi kepada kanak-kanak.

Dia mendakwa gambar yang dirakam di sebuah pusat akuatik di Pasadena, California itu tidak mendapat persetujuan orang tuanya secara hitam putih, sekali gus menyalahi undang-undang.
Rentetan daripada itu, dia memfailkan saman dan menuntut RM630,000 daripada setiap seorang anggota kumpulan serta beberapa individu lain.
Antara nama yang disaman termasuklah Dave Grohl dan Krist Novoselic, isteri kepada vokalisnya Courtney Love serta beberapa nama lain yang terlibat dalam pembikinan album itu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.