[VIDEO] Buaya sesat di Betong berjaya ditangkap, dilepaskan ke tempat asal

0
601

KEBIMBANGAN penduduk di Kampung Spaoh, Betong, Sarawak terhadap ancaman seekor buaya sepanjang 2.5 meter yang tersesat ke dalam parit di kawasan itu kini dipadamkan dengan tindakan pantas anggota RELA dan penduduk kampung.

Reptilia berkenaan yang dipercayai tersesat telah berjaya ditangkap oleh beberapa anggota RELA dan penduduk kampung menggunakan tali pada malam Selasa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, buaya yang telah berjaya ditangkap itu diangkat ke dalam kenderaan pacuan empat roda untuk dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dan diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation Kuching (SFC).

Beliau turut memaklumkan, buaya tersebut telah dilepaskan semula ke tempat asalnya di Sungai Layar atas arahan SFC sekitar jam 12 tengah hari pada Rabu.

Menurut Pegawai operasi BBP Betong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 10.45 malam pada Selasa dan terus mengerahkan enam anggota ke lokasi kejadian.

“Memang benar terdapat seekor buaya tembaga dengan berat buaya tersebut adalah lebih 100 kilogram.

“Setibanya kami di sana, buaya tersebut telah ditangkap beberapa anggota RELA dan penduduk kampung.

“Pasukan Bomba kemudianya membantu mengikat dan menarik buaya tersebut untuk disimpan ke kenderaan pacuan empat roda,” katanya menurut laporan Awani.

Ekoran itu, penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran sungai diingatkan agar sentiasa berwaspada ketika air pasang besar dan banjir kerana dikhuatiri hidupan liar masuk ke kawasan kampung. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here