Cemar sungai:JAS tahan pengurus, pengarah kilang

0
459

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

JABATAN Alam Sekitar (JAS) Johor menahan seorang pengurus dan seorang pengarah kilang kerana dipercayai melepaskan sisa buangan di Sungai Perembi, Pasir Gudang kelmarin.

Menurut Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusoff, dua suspek lelaki yang merupakkan warganegara tempatan itu berusia 50-an dan 40-an.

“Kedua-dua mereka ditahan ketika serbuan dijalankan terhadap premis berkenaan pada pukul 4 petang.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam lebih kurang pukul 5 petang.

“Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana melepaskan air buangan efluen tidak terolah secara pintasan (bypass) ke Sungai Perembi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan kilang tersebut merupakan sebuah kilang yang memproses bahan berasaskan makanan.

Pihaknya kemudian mengarahkan premis berkenaan untuk melakukan langkah penambahbaikan bagi dan menghentikan pembuangan sisa berkenaan.

“Siasatan di sungai mendapati tiada pencemaran berlaku akibat sisa buangan daripada premis tersebut,” katanya.

Famey berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntuk denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here