Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan penangkapan pelakon Cassandra Angelie yang didakwa terlibat dalam kes pelacuran dalam talian beberapa hari yang lalu.
Pelakon yang popular dengan sinetron Ikatan Cinta ini ditangkap di sebuah hotel di Jakarta Pusat, tidak melawan mahupun membuat cubaan melarikan diri ketika tangkapan dibuat.
“Tidak ada tidakan agresif ketika tangkapan kerana dia tidak memakai pakaian,” kata Endra Zulfan yang juga merupakan pegawai polis yang bertanggungjawab mengendalikan kes berkenaan.
Hasil siasat pihak berkuasa, Cassandra sudah melakukan perbuatan tidak bermoral itu sebanyak lima kali sejak setahun yang lalu.
Dia memberikan alasan terpaksa melakukan perkara berkenaan kerana terdesak mencari wang untuk meneruskan hidup.
“Dia memberikan alasan kerana terdesak dengan ekonomi semasa. Jika berlandaskan undang-undang, dia mungkin dipenjarakan selama tiga tahun atau paling lama 16 tahun.
“Namun mengikut undang-undang pindaan berkaitan pemerdagangan orang, paling kurang satu tahun penjara,” jelas Endra lagi.
Kes tersebut bagaimanapun tidak habis di situ sahaja memandangkan pihak polis sedang mengkaji kes berkenaan memandangkan masih ramai lagi yang dipercayai terlibat sama.
“Pihak kami sedang menyiasat kes ini dan melakukan pemeriksaan kepada beberapa orang yang terlibat.
“Ada beberapa artis lain yang terlibat sama dalam kes pelacuran yang sama dan mereka semua berpusat di Jakarta. Kita akan panggil mereka seorang demi seorang,” tambahnya lagi.
Dalam tangkapan tersebut, beberapa barang bukti turut dia sita termasuklah telefon bimbit, kad bank dan transaksi online wang yang diterima.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.