Hamil anak pertama, Intan Ladyana dibawa ke hospital selepas positif Covid-19

0
533

PERKONGSIAN video yang memaparkan Intan Ladyana dibawa ke hospital akibat jangkitan Covid-19 meruntun emosi ramai memandangkan pelakon berkenaan sedang hamil anak pertama.

Dia yang berkongsi situasi di dalam ambulans melalui Insta Story miliknya terpaksa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan rapi memandangkan usia kandungan sudah masuk tujuh bulan.

Menurut laporan, Intan dan suaminya yang juga merupakan pelakon Harris Alif dijangkiti wabak berkenaan setelah mengalami demam sejak beberapa hari yang lalu.

Sebaik sahaja melakukan ujian kendiri, mereka positif dan segera merujuk perkara berkenaan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Cubaan SatuBerita menghubungi Intan mahupun Harris tidak berjaya apabila panggilan mahupun pesanan ringkas tidak dibalas.

Mengikut laporan, hanya Intan sahaja dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital tetapi suaminya hanya dikuarantin di rumah.

“Semalam dapat keputusan disahkan positif Covid-19. Disebabkan Intan sedang hamil, doktor sarankan untuk dia kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

“Malam tadi, ambulans datang ambil Intan untuk dibawa ke hospital supaya senang jururawat dan doktor nak tengok keadaan Intan dan bayi dalam kandungan,” kata ibu Harris, Khalizah Abdul Khalid dipetik laporan Mstar.

Sebagai info, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Hamil anak pertama, Intan Ladyana dibawa ke hospital selepas positif Covid-19

Perkongsian video yang memaparkan Intan Ladyana dibawa ke hospital akibat jangkitan Covid-19 meruntun emosi ramai memandangkan pelakon berkenaan sedang hamil anak pertama.

Dia yang berkongsi situasi di dalam ambulans melalui Insta Story miliknya terpaksa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan rapi memandangkan usia kandungan sudah masuk tujuh bulan.

Menurut laporan, Intan dan suaminya yang juga merupakan pelakon Harris Alif dijangkiti wabak berkenaan setelah mengalami demam sejak beberapa hari yang lalu.

Sebaik sahaja melakukan ujian kendiri, mereka positif dan segera merujuk perkara berkenaan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Cubaan SatuBerita menghubungi Intan mahupun Harris tidak berjaya apabila panggilan mahupun pesanan ringkas tidak dibalas.

Mengikut laporan, hanya Intan sahaja dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital tetapi suaminya hanya dikuarantin di rumah.

“Semalam dapat keputusan disahkan positif Covid-19. Disebabkan Intan sedang hamil, doktor sarankan untuk dia kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

“Malam tadi, ambulans datang ambil Intan untuk dibawa ke hospital supaya senang jururawat dan doktor nak tengok keadaan Intan dan bayi dalam kandungan,” kata ibu Harris, Khalizah Abdul Khalid dipetik laporan Mstar.

Sebagai info, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). – SB