Oktovia Manrose pilih bekas pemain bola tamatkan zaman janda

0
626

PELAKON Oktovia Manrose selamat bernikah dengan bekas pemain bola sepak Melaka United, Mohamad Khairul Esfan dalam sayu majlis yang berlangsung pada Selasa.

Pasangan ini yang memilih untuk bernikah pada sebelah malam, selamat disatukan kira-kira pukul 9.30 malam di sebuah dewan terletak di Quill City Mall.

Khairul Esfan dan Oktovia dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Memilih tema perkahwinan dalam taman, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 kepada Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia.

Selain itu, pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki dan merahsiakan jumlah wang hantaran.

Menariknya, majlis terebut juga turut dihadiri beberapa rakan artis dan saudara mara termasuklah Uqasha Senrose, Kamal Adli, Nelydia Senrose, Aprena Manrose, Emma Maembong, Raysya Rizrose dan Lufya.

Oktovia merupakan anak kepada Iwan dan pelakon popular 80-an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua buat wanita ini dan dia pernah berkahwin dengan Mohd. Izat Abdul Rahman pada 2011 namun bercerai empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 10 tahun. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here