[VIDEO] Lawan arus lagi, polis giat mengesan pemandu

0
498

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang dirakam melawan arus di Jalan Bukit Rotan, Kuala Selangor, Isnin lalu.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 21 saat dan tular di media sosial sejak Selasa.

Berdasarkan rakaman video itu, memaparkan pemandu sebuah kenderaan sempat mengelak daripada terlanggar kereta yang melawan arus berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat itu menerusi laman Facebook (FB) pada pukul 4.05 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.09 petang, 6 Disember lalu (Isnin).

“Kes itu bagaimanapun masih sedang disiasat polis,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Lagi kes lawan arus, kali ini di Jambatan Pulau Pinang

Jelas beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Ramli menegaskan pihaknya giat mengesan pemandu berkenaan dan meminta kerjasama saksi kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here