Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Sarawak: Bersatu tentukan status Ali Biju hari ini -

PRN Sarawak: Bersatu tentukan status Ali Biju hari ini

KEPUTUSAN mengenai nasib Datuk Ali Biju di dalam parti Bersatu masih dalam perbincangan, selepas Naib Presiden Bersatu Sarawak itu membuat keputusan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 atas tiket Bebas.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan memberitahu Bernama bahawa kenyataan rasmi berkenaan perkara itu dijangka dikeluarkan parti petang ini.

Sebelum ini Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa parti itu tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak pada 18 Disember ini, dan susulan tindakan Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu untuk tetap bertanding, menimbulkan teka-teki mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti terhadapnya.

Ali yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian semalam, sah bertanding sebagai calon Bebas dalam usaha mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.- BERNAMA