Kes baharu Covid-19 kekal bawah 5,000

KES baharu positif Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi merekodkan sedikit peningkatan dengan 4,965 kes berbanding semalam, dengan 4,262 kes.

Bagaimanapun, peningkatan sebanyak 703 kes itu menyaksikan jumlah kes harian masih kekal di bawah paras 5,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,667,999 individu dijangkiti virus berkenaan – SB