PENDUDUK di Lumajang, Indonesia bergelap sebelum malam pada Sabtu selain ditimpa hujan batu kerikil ekoran Gunung Semeru kembali menjadi aktif.
Menurut laporan media-media Indonesia, Gunung Semeru yang telah lama diam itu mula menunjukkan tanda-tanda kembali aktif aktif sekitar pukul 3 petang dengan mengeluarkan debu panas.

Gunung berapi setinggi 3,676 meter dari paras laut itu mengeluarkan debu panas sehingga Curah Kobokan, Kabupaten Lumajang.
Debu yang terhasil bercampur hujan ke mengakibatkan hujan lumpur berlaku di kawasan itu.
Penduduk juga menceritakan kawasan mereka dihujani lumpur akibat abu bercampur hujan. – SB