Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Badan panas, hilang selera makan, Fizz Fairuz dedah kisah sebenar… -

Badan panas, hilang selera makan, Fizz Fairuz dedah kisah sebenar…

INGATKAN demam biasa tetapi lain pula hal yang menimpa pelakon Datuk Fizz Fairuz baru-baru ini. Keadaan suhu badan yang berubah-ubah membuatkan dia ‘pening’ kepala dengan kejadian yang menimpanya ketika itu.

Cerita Fizz, dia mengalami gangguan mistik sehingga membuatkan kesihatannya terganggu ketika menjalani penggambaran sebuah drama beberapa bulan lalu.

“Saya menjalani penggambaran di tempat yang memang orang membuat benda-benda halus. Saya tiba selepas Asar dan terus ke lokasi penggambaran yang berada di perkampungan Orang Asli.

Saya tiba di sana sekitar lima hingga 10 minit saja namun sudah rasa seram sejuk. Selepas tiga hari penggambaran saya terus pulang Kuala Lumpur.

“Sebaik sahaja tiba di rumah, saya alami demam tak kebah dan dada rasa seperti ditekan,” kata bapa kepada tiga cahaya mata ini lagi.

Pun begitu, melihatkan keadaan dirinya yang serba tak kena, Fizz ada menjalani ujian kendiri Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Meskipun ujian tersebut negatif, dia mengakui tidak berselera untuk makan dan akan muntah setiap kali menjamah makanan.

“Dalam tempoh itu, saya ‘panas’ dengan isteri sendiri, tidak bermain dengan anak-anak dan lebih banyak termenung.

“Selama dua minggu ‘benda’ itu menumpang dalam badan saya dan akhirnya saya menelefon semula doktor meminta nasihat,” katanya yang ditahan dua kali ditahan di wad ketika itu.

Akhirnya, Fizz merujuk perkara tersebut kepada seorang ustaz. Tambahnya, ustaz tersebut ada menasihatinya supaya membersihkan diri dahulu sebelum pulang ke rumah.

Biasalah kalau kita ke tempat yang ‘keras’, kena berhati-hati. Kalau tak, kena lalui macam-macam pengalaman,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya, keadaan kesihatannya sekarang semakin baik dan dia mahu lebih berhati-hati agar peristiwa yang sama tidak berulang lagi.