NASIHAT orang tua-tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Akibat terlalu yakin bawa pasukan pilihannya JDT akan menundukkan Kuala Lumpur City (KL City) di pentas akhir Piala Malaysia pada malam Selasa, seorang lelaki telah berjanji untuk berlari bogel dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru sekiranya pasukannya itu tewas.
“Hidup JDT! Aku bogel dari KL sampai Johor tau,” laung lelaki itu dalam hantaran media sosialnya
Malang nasib beliau, perkara yang tidak dijangka berlaku apabila JDT ditundukkan KL City 2-0 dan malang lagi apabila netizen mula mencari dan menuntut janji beliau untuk berlari bogel seperti yang dijanjikan.
Namun harapan netizen untuk melihat janji lelaki itu ditepati hampa kerana dia dalam hantaran media sosial terbaharunya berkata tidak dapat menunaikan janji tersebut kerana mengalami sesak nafas.
Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang netizen dalam ciapan Twitter gambar lelaki berkenaan
Katanya dalam ciapan itu, “Minta Maaf, tak jadi bogel ke Johor, saya ada sesak nafas.” – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.