Komposer lagu Sayang tuntut RM1.4 juta

0
595

INDUSTRI muzik Indonesia dikejutkan dengan tindakan saman oleh komposer dan ahli kumpulan Kotak Band terhadap syarikat Warner Music Indonesia berhubung lagu Sayang nyanyian Shae.

Selaku pencipta, Posan Tobing mendakwa ada perlanggaran kontrak yang dilakukan oleh pihak syarikat rakaman tersebut bersama beberapa pihak lain.

Menurut laporan media tempatan di sana, Posan menuntut RM1.5 juta dari Warner Music Indonesia memandangkan lagu Sayang tersebut mendapat Multiple Platinum dari Warner Music Malaysia.

“Hari ini kami datang untuk perbicaraan bagi persoalan hasil dan hak saya. Kami mahu penjelasan tentang hak kami.

“Kami ambil tindakan undang-undang terhadap Warner Music Indonesia dan rangkaiannya di Malaysia,” ujar peguam yang mewakili Posan, Djihansyah.

Untuk rekod, lagu Sayang yang dirilis menerusi album The First pada tahun 2012 dan lagu Sayang yang termuat dalam album berkenan dijadikan single di Malaysia dan mendapat sambutan hangat.

Tambah Djihansyah lagi, meskipun lagu tersebut mendapat pulangan, bagaimanapun Posan selaku pencipta tidak mendapat hak-hak atau bayaran yang sewajarnya.

“Dia dibayar sesuka hati, jadi kami menuntut keadilan. Semuanya harus berada di sisi masing-masing jangan dibayar sekadarnya.

“Ada aturan-aturan yang tidak boleh dibayar sesuka hati,” tambahnya kepada media di sana.

Posan pula menganggap dia mengalami kerugian dan penantian 9 tahun yang ditunggu-tunggu tidak membuahkan hasil sehingga sanggup menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut hak.

“Perjuangan ini sangat panjang kita berhadapan dengan label antarabangsa. Ini bukan hal yang mudah tetapi ssya bersyukur kerana dibantu oleh pasukan peguam yang hebat.

“Untuk sampai ke sini (mahkamah) juga bukan satu proses yang senang,” kata Posan pula.

Sementara itu, peguam mewakili Warner Music Indonesia, Reza Reynaldi belum memberi sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut.

“Lebih baik tunggu bersidang sahaja, boleh lihat bukti lain” katanya.

Komposer heret syarikat rakaman gergasi ke mahkamah tuntut hak

Industri muzik Indonesia dikejutkan dengan tindakan saman oleh komposer dan ahli kumpulan Kotak Band terhadap syarikat Warner Music Indonesia berhubung lagu Sayang nyanyian Shae.

Selaku pencipta, Posan Tobing mendakwa ada perlanggaran kontrak yang dilakukan oleh pihak syarikat rakaman tersebut bersama beberapa pihak lain.

Menurut laporan media tempatan di sana, Posan menuntut RM1.5 juta dari Warner Music Indonesia memandangkan lagu Sayang tersebut mendapat Multiple Platinum dari Warner Music Malaysia.

“Hari ini kami datang untuk perbicaraan bagi persoalan hasil dan hak saya. Kami mahu penjelasan tentang hak kami.

“Kami ambil tindakan undang-undang terhadap Warner Music Indonesia dan rangkaiannya di Malaysia,” ujar peguam yang mewakili Posan, Djihansyah.

Untuk rekod, lagu Sayang yang dirilis menerusi album The First pada tahun 2012 dan lagu Sayang yang termuat dalam album berkenan dijadikan single di Malaysia dan mendapat sambutan hangat.

Tambah Djihansyah lagi, meskipun lagu tersebut mendapat pulangan, bagaimanapun Posan selaku pencipta tidak mendapat hak-hak atau bayaran yang sewajarnya.

“Dia dibayar sesuka hati, jadi kami menuntut keadilan. Semuanya harus berada di sisi masing-masing jangan dibayar sekadarnya.

“Ada aturan-aturan yang tidak boleh dibayar sesuka hati,” tambahnya kepada media di sana.

Posan pula menganggap dia mengalami kerugian dan penantian 9 tahun yang ditunggu-tunggu tidak membuahkan hasil sehingga sanggup menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut hak.

“Perjuangan ini sangat panjang kita berhadapan dengan label antarabangsa. Ini bukan hal yang mudah tetapi ssya bersyukur kerana dibantu oleh pasukan peguam yang hebat.

“Untuk sampai ke sini (mahkamah) juga bukan satu proses yang senang,” kata Posan pula.

Sementara itu, peguam mewakili Warner Music Indonesia, Reza Reynaldi belum memberi sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut.

“Lebih baik tunggu bersidang sahaja, boleh lihat bukti lain” katanya.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here