Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Sarawak: Bersatu akan bantu GPS berkempen -

PRN Sarawak: Bersatu akan bantu GPS berkempen

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan turun membantu dalam menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Abang Open berkempen pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak, bulan depan.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kedua-dua pihak itu saling bekerjasama sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.

“GPS adalah parti mesra kepada kami. Tidak ada salahnya kita untuk menyokong parti yang mesra kepada PN,” kata Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN dengan Bersatu adalah sebahagian daripadanya.

Bersatu dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada PRN-12 Sarawak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN-12 Sarawak diadakan pada 18 Disember ini dengan hari penamaan calon pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember.

Komponen GPS merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menguasai 68 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Ketika ini, PBB memiliki jumlah kerusi terbesar iaitu 47, PRS (11), SUPP (7) dan tiga oleh PDP.

Sebelum ini, GPS mengumumkan bahawa gabungan itu akan bertanding di semua 82 kawasan DUN pada PRN-12 ini.- BERNAMA