Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nilai semula tawaran PN kepada anak muda, penjawat awam-Armada -

Nilai semula tawaran PN kepada anak muda, penjawat awam-Armada

ANGKATAN Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menjadikan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai rujukan termasuk menilai semula tawaran kepada anak muda dan penjawat awam yang dibuat sebelum ini.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ini bagi memastikan sama ada tawaran itu memenuhi kehendak mereka atau sebaliknya.

“Kita akan lihat semula soal kebajikan rakyat dan ia sudah diperhalusi jawatankuasa Armada pusat yang akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat.

“Armada sudah lakukan post-morterm di peringkat sayap parti, tidak ada apa-apa yang serius melainkan kelemahan jentera di PRN Melaka, kita akan perbaikinya,” katanya.

Menurutnya, Armada dalam konteks Perikatan Nasional (PN) perlu lebih memahami denyut nadi rakyat khususnya membabitkan kestabilan politik serta perkara asas seperti ekonomi dan kebajikan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara berkata, perkara sama juga diingatkan kepada jentera parti pada Persidangan Bahagian Bersatu Titiwangsa baru-baru ini dan menjadi titik tolak kepada perubahan gerak krja yang lebih mantap.

“Di peringkat Pusat, kita lakukan bedah siasat punca kekalahan di Melaka serta untuk tidak mengulanginya adalah dengan terus memperkukuh hubungan bersama rakan-rakan parti komponen dalam PN sama ada di peringkat negeri, bahagian mahupun cawangan,” katanya. – SB