Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ab Rauf dilantik Exco dalam kerajaan negeri Melaka -

Ab Rauf dilantik Exco dalam kerajaan negeri Melaka

BEKAS Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof dilantik sebagai Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan dalam barisan kepimpinan baharu negeri berkenaan.

Pelantikan beliau dimaklumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Jumaat ketika mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang menyaksikan kombinasi muka lama dan baharu termasuk pertukaran portfolio.

Menurut senarai yang diperkenan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Sulaiman dilantik memegang portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.

Datuk Muhammad Jailani Khamis kekal memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan manakala Datuk Rahmad Mariman yang sebelum ini Exco Kesihatan dan Anti Dadah, dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir. 

Sementara itu, lapan muka baharu dilantik sebagai Exco kerajaan negeri kali ini.
 
Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Negeri Melaka bagi penggal DUN ke-15. 

   Exco Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan     Hal Ehwal Agama – Datuk Seri Sulaiman Md Ali

   Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan – Datuk Seri Ab Rauf Yusof

   Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan – Datuk Muhammad Jailani Khamis

   Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir – Datuk       Rahmad Mariman

   Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar – Datuk Zaidi Atan

   Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Abdul Razak Abdul             Rahman

   Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) –  V. P. Shanmugam 

   Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan – Datuk Kalsom Nordin

   Exco Kesihatan dan Anti Dadah – Dr Muhamad Akmal Saleh

   Exco Pendidikan dan Teknologi – Datuk Rais Yasin

   Exco Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna – Ngwe Hee Sem

Sulaiman berkata, gabungan Exco yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO, MCA dan MIC itu melambangkan perpaduan dan kerjasama daripada semua kaum di Melaka.

”Gabungan lama, berpengalaman dan baharu daripada pelbagai latar belakang dan profesion inilah barisan terbaik untuk memajukan dan memakmurkan rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya pada sidang media khas pengumuman barisan Exco kerajaan negeri di Seri Negeri pagi Jumaat. 

Majlis angkat sumpah Exco Melaka itu dijangka berlangsung 3 petang ini di hadapan Mohd. Ali di Seri Negeri.

  • Bernama