[VIDEO] Kemunculan Shuib di Sepahtu malam tadi terima sambutan dari penonton

0
534

KEMUNCULAN semula Shuib di pentas Sepahtu Reunion selepas hampir tujuh bulan musim ini disiarkan telah menerima sambutan yang hangat dari penonton di studio.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Shuib belum bersedia cari pengganti Sarah

Shahmira Muhamad, 37, atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu telah membuat kejutan malam semalam selepas menghadirkan diri dalam episod terakhir Sepahtu Reunion 2021 dalam sketsa yang bertajuk ‘Mencari Sepatu Yang Hilang’.

Dapat dilihat, reaksi dari Rahim, Jep dan Pak Ya juga melihatkan mereka tidak menyangka Shuib akan menjadi cameo terakhir bagi episod tersebut.

Beliau yang tampil secara tiba-tiba bukan sahaja datang menceriakan suasana, malah turut menyatakan rindunya untuk berada di pentas itu. 

Pelawak itu juga sempat membuat ‘pickup line’ terhadap rakan-rakan kumpulannya, bertanyakan apa perbezaan kasut dan sepatu

‘Pickup line’ itu juga nampak bersahaja, tetapi Shuib memberi penekanan bahawa sepatu (Sepahtu) adalah mereka sebagai satu kumpulan

Walaupun muncul di minit-minit akhir, ternyata kehadiran Shuib membawa impak yang besar bukan sahaja kepada rakan-rakan di pentas, malah kepada peminat yang menonton.

Menerusi perkongsian video Tiktok yang dikongsi oleh Adiatul Hazmira, rata-rata netizen turut sebak melihat Shuib kuat untuk tampil di pentas komedi itu sekali lagi berikutan dugaan yang diterimanya tahun ini. 

Terdahulu, Shuib tidak menyertai program Sepahtu Reunion 2021 selepas berehat sebentar dari dunia seni. Hal ini berikutan kehilangan isterinya yang tercinta dan dia perlu menguruskan keempat-empat orang anaknya sendiri. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here