Wanita tertua di dunia meninggal dunia

0
231

SEORANG wanita warga Filipina, Francisca Susano dipercayai merupakan manusia tertua di dunia dengan umurnya mencecah 124 tahun.

Namun, rekod tersebut kini beralih kepada wanita warga Jepun yang merupakan manusia kedua tertua, Kane Tanaka, 118, dengan kematian Francisca pada petang Isnin lalu.

Mendiang Francisca meninggal dunia di rumahnya Kabankalan, Negro Occidental, Filipina pada usia 124 tahun, petang Isnin lalu.

Francisca Susano dilahirkan pada abad ke-19 meninggal dunia di rumahnya dan punca sebenar kematiannya masih tidak diketahui dan bukan disebabkan Covid-19 kerana mendiang tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pandemik tersebut.

Francisca mempunyai 14 orang anak dan lapan daripadanya masih hidup serta memiliki lebih 500 cucu dan sejumlah cicit.

Salah seorang anak perempuannya berumur 101 tahun.

Dia dilahirkan pada 11 September 1897 ketika Filipina masih menjadi koloni Sepanyol.

Sehingga September lepas, Guinness World Records masih berusaha mengesahkan umurnya sebelum mengisytiharkan Susano sebagai manusia tertua di dunia.

Dia berkahwin ketika berumur 14 tahun dan mendirikan rumah tangga bersama tiga orang lelaki.

Datuk Bandar Kabankalan, Pedro Zayco; Naibnya, Raul Rivera dan para pegawai bandar tersebut mengucapkan takziah selepas Susano meninggal dunia. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here