[VIDEO] Lelaki nyaris digilis lori ketika pam angin tayar motosikal

0
56

SEORANG lelaki hampir maut digilis sebuah lori treler panjang ketika mengepam angin tayar motosikal miliknya dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah minyak di Bandar Sultan Suleiman, Klang, pagi tadi.

Satu video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial memaparkan lelaki berkenaan yang sedang mencangkung untuk mengepam angin tayar belakang motornya dilanggar oleh sebuah lori treler sebelum tergolek ke bahagian bawah kepala lori berkenaan.

Lelaki itu juga sempat mengelak daripada dihempap motosikal miliknya yang turut terjatuh setelah dilanggar lori berkenaan.

Kejadian mendebarkan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan apabila lelaki berkenaan dilihat bingkas berdiri setelah bergolek di bawah kepala lori itu beberapa kali.

Turut tular gambar seorang wanita yang didakwa sebagai individu yang memandu treler berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang (IPD) Utara ketika dihubungi memberitahu pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan mengesahkan mangsa akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here