‘Potong’ Atta Halilintar, Ria Ricis kini paling berpengaruh

0
172

SETELAH beberapa tahun memegang takhta YouTuber paling ramai pengikut, Atta Halilintar terpaksa akur apabila kedudukan tersebut dirampas oleh pelakon Ria Ricis yang juga merupakan adik kepada pendakwah Oki Setiana Dewi.

Seperti mana yang diketahui umum, Atta bukan sahaja memegang rekod sebagai YouTuber paling berpengaruh di Asia, malah dia menjana pendapatan yang tinggi melalui platform berkenaan.

“Tiada masalah untuk saya malah gembira kerana disaingi oleh YouTuber dari Indonesia juga. Itu kan hal yang baik.

“Memang sejak dahulu kami dipisahkan oleh angka (jumlah pengikut) sahaja. Alhamdulilah saya sempat jadi yang pertama dan sekarang angka bukan lagi keutamaan buat saya,” kata suami kepada Aurel Hermansyah.

Nama Ria Ricis kembali meledak baru-baru apabila berkahwin dengan Teuku Ryan yang juga merupakan seorang pelakon terkenal di sana.

Pernikahan mereka juga tular di media sosial apabila pasangan tersebut menjemput sejumlah artis popular dan selebriti terkenal hadir menyaksikan hari bahagia mereka.

Menurut laporan media tempatan, Ria Ricis kini memiliki 29.3 juta pengikut meninggalkan Atta yang hanya mempunyai 28.1 juta pengikut.

Pasangan yang baru bernikah 12 November lalu ini menjadi perhatian ramai kerana memaparkan kehidupan mereka selepas berkahwin yang dijadikan kandungan utama dalam setiap video mereka.

Mengikut rekod, pengikut saluran YouTube Ria Ricis bertambah sebanyak 100,000 sehari sejak dia berkahwin. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here