Meraikan ulang tahun ke-20, Harry Potter: Return To Hogwarts bakal ditayangkan

0
1193

DUA puluh tahun sudah berlalu tetapi filem Harry Potter masih kekal diminati hingga ke hari ini. Fenomena yang pernah diciptakan oleh sekual berkenaan begitu diminati dan menjadi ikutan sebahagian besar peminat.

Menyambut ulang tahun ke-20, satu tayangan khas Harry Potter: Return To Hogwarts yang mengumpul semula karektor-karektor filem berkenaan yang ditayangkan 1 Januari 2022.

Pelakon utama Harry Potter iaitu Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson dan barisan pelakon Harry Potter yang lain akan bersama kembali dalam filem ini.

Terdahulu Emma yang memainkan watak Hermione Granger berkongsi tentang perkara tersebut melalui Instagram miliknya yang teruja menantikan reaksi daripada peminat.

“Harry Potter adalah rumah saya, keluarga saya, dunia saya dan Hermione (masih) watak fiksyen kegemaran saya sepanjang zaman,” kata Emma di dalam perkongsian Instagram miliknya.

Emma Watson memainkan watak Hermione Granger.

Emma berkata dia berasa bangga bukan sahaja dengan sumbangan mereka sebagai pelakon di dalam francais itu tetapi juga sebagai kanak-kanak yang membesar menjadi dewasa yang telah menempuh perjalanan ini.

Selain Emma, pelakon yang memainkan watak Draco Malfoy, Tom Felton juga turut berkongsi keterujaan dengan filem ulang tahun ini melalui akaun Twitter miliknya.

“Beginikah rasa pulang ke sekolah? Tandai kalendar anda,” tulis Tom di Twitter miliknya pula.

Jika anda mengikuti naskhah ini, pastinya akan merindui pelakon Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Ralph Fiennes dan Gary Oldman yang memainkan watak Bellatrix Lestrange, Hagrid, Voldemort dan Sirius Black.

Returns To Hogwarts hanya dapat ditonton di HBO Max manakala tayangan antarabangsa yang lain akan diumumkan kemudian.

Sekadar info, filem pertama Harry Potter, Harry Potter and The Philosopher’s Stone ditayangkan pada 16 November 2001. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here