Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kronologi pesawat TUDM terhempas dan mendarat cemas sejak 1996 -

[VIDEO] Kronologi pesawat TUDM terhempas dan mendarat cemas sejak 1996

SEBUAH insiden pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth pada 16 November 2021 telah meragut nyawa seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala seorang lagi cedera.

Berikut ialah kronologi insiden yang melibatkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk yang terhempas dan mendarat cemas sejak 1996.

18 Jun 1996 – Pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika membuat penerbangan latihan berhampiran Pangkalan TUDM di Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.

23 Julai 1996 – Pesawat pejuang Hawk terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan. Dua juruterbang terselamat.

10 September 1998 – Juruterbang terkorban apabila pesawat latihan Hawk 208 yang dikendalikannya terhempas di Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 200 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

2 Oktober 2000 – Pesawat pejuang Hawk 108 terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.

18 Disember 2003 – Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.

23 Jun 2005 – Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, mengorbankan juruterbangnya.

4 Mei 2007 – Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.

15 Jun 2017 – Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi. Dua juruterbang disahkan terkorban selepas pesawat itu terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.

16 November 2021 – Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 terbabit dalam kemalangan di kawasan landasan Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang pada 10.07 malam. Seorang juruterbang terselamat manakala seorang lagi terkorban.