Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Saya anggap tak ada jodoh- SonaOne -

Saya anggap tak ada jodoh- SonaOne

Jatuh bangun dalam mengharungi emosi selain melihat sendiri pelbagai pengalaman yang dihadapi oleh orang lain sebenarnya memberikan pelajaran buat penyanyi SonaOne sejak dahulu.

Baca berita berkaitan: Cinta tak kesampaian, Hafiz lancar album zikir acapella

Katanya apa yang dilalui oleh sebahagian besar orang sekeliling yang terkesan dengan perhubungan mencetuskan idea kepadanya untuk menghasilkan sebuah lagu baharu.

Dia yang tampil dengan lagu Sape Kata menganggap apa yang dilalui dan apa yang dilihat selama ini memberikan inspirasi kepada menghasilkan lagu ini.

“Jawapan kepada soalan apakah ia cetusan ilham kisah cinta sendiri, boleh jadi ya atau sebaliknya. Ia terpulang kepada apa juga interpretasi atau tafsiran masing masing. Namun ia jelas bersifat peribadi.

“Tapi tak dinafikan ada input dan ilham itu datang daripada pengalaman sendiri. Namun saya melihat lagu ini daripada cerita umum atau adat berkasih sayang yang akan berlaku salah faham dan jiwa kacau.

“Ia juga berdasarkan pengamatan saya mengenai pelbagai cerita dialami ketika COVID-19 menjelma. Ramai teman saya sendiri putus cinta daripada hubungan yang panjang kerana masalah komunikasi,” katanya penyanyi berusia 32 tahun ini lagi.

Lagu gabungan pop R&B dan hip hop ini sudah dilancarkan di semua platform digital hari ini dan masih menggunakan lirik dwibahasa seperti yang sering digunakan selama ini.

“Lagu ini banyak bermain dengan perasaan dalaman ditambah dengan emosi bercelaru. Malah memang sengaja perkataan siapa dieja seperti bahasa pasar sebagai ‘sape’.

“Lagu ini menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris. Pendek kata lagu ini barangkali dekat dengan sesiapa saja yang pernah melalui plot hubungan penuh dramatik,” katanya yang juga merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) menerusi lagu Apa Khabar nyanyian bersama Joe Flizzow.

Ditanya tentang kisah peribadinya pula, SonaOne mengakui hubungan yang dilalui sebelum ini sudah terputus di tengah jalan.

“Saya mahu move on. Saya anggap tak ada jodoh dengannya. Tak semua yang kita dambakan akan berakhir seperti sebuah kisah dongeng,” katanya menutup bicara.