Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Puteri Aishah pilih ahli perniagaan -

Puteri Aishah pilih ahli perniagaan

Pelakon Puteri Aishah mendedahkan yang dia bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang ahli perniagaan sedikit masa lagi.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sah bergelar suami isteri selepas 2 bulan berkenalan

Mendedahkan perkara berkenaan baru-baru ini, dia bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Kami sepatutnya merancang untuk bernikah lebih awal namun melihat kepada situasi semasa kami sepakat untuk mendirikan rumah tangga bulan ini.

“Alhamdulilah segala persiapan menuju ke hari tersebut berjalan lancar dan sudah siap. Apa yang penting keluarga kedua-dua belah pihak dapat menyaksikan hari bahagia kami. Itu sudah memadai,” kata pelakon berusia 27 tahun ini lagi.

Pun begitu, jelas Puteri Aishah dia tidak berniat untuk merahsiakan hari bahagiannya itu dan identiti bakal suaminya memandangkan semua itu akan didedahkan pada hari bahagia itu nanti.

Menjelaskan serba sedikit mengenai identiti lelaki berkenaan, dia mengakui sudah dua tahun berkenalan dan hubungan mereka semakin rapat dari sehari ke sehari.

“Apa yang paling penting saya bersyukur kerana dia memahami saya dan menyokong kerjaya seni saya. Dalam perhubungan perkara ini paling penting.

“Alhamdulillah kami saling faham memahami kerjaya masing-masing. Apabila kami sama-sama faham, itu lebih baik,” kata yang popular dengan drama pelakon Rahimah Tanpa Rahim ini lagi. – SB