Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas atlet negara

0
256

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas atlet berbasikal negara, Abdullah Shafie yang meninggal dunia semalam. 

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara,” menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi Facebook malam ini.

Allahyarham Abdullah pernah mewakili skuad berbasikal kebangsaan pada Kejohanan Sukan Asia di New Delhi pada 1982. BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here