Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kereta terbakar, lelaki nyaris maut -

Kereta terbakar, lelaki nyaris maut

SEORANG lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar di Jalan Kem Lok Kawi, Putatan, Penampang, Sabah pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun yang memandu PERODUA Aruz dipercayai dari arah Putatan ke Lok Kawi, apabila keretanya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang pembahagi jalan sebelum terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.57 pagi sebelum menghantar sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan berkenaan didapati terbakar sepenuhnya dan api juga masih marak.

“Pasukan Bomba terus memadam kebakaran dan api berjaya dikawal pada jam 6.26 pagi. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya memetik laporan BH. – SB