Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sekolah wajib periksa sijil vaksinasi guru - Radzi -

Sekolah wajib periksa sijil vaksinasi guru – Radzi

PENGURUSAN sekolah dibenar memeriksa sijil vaksinasi guru bermula hari ini bagi memastikan hanya guru lengkap vaksin berada dalam persekitaran sekolah dan murid.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, langkah itu juga selari dengan pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan penjawat awam.

“Mulai hari ini pihak sekolah akan memeriksa sijil digital vaksinasi ini untuk memastikan setakat mana guru-guru yang betul-betul (mengambil vaksin).  Maknanya dah periksa satu persatu sijll vaksinasi ini untuk memastikan yang mana kata dah divaksinkan, betul-betul dah divaksinkan atau yang kata mana tak divaksinkan, betul-betul belum divaksinkan.

“Sebab kami tak nak ada kes-kes tertentu yang mana ada kes kata ada vaksin, tapi tak divaksinkan dan sebagainya.

“Jadi kami akan pastikan setiap guru itu akan disemak sijil vaksin mereka oleh pihak sekolah bagi memastikan data terkini yang ada ini pada 1 Nov adalah data yang tepat dan untuk membolehkan jika sebarang tindakan diambil kemudian, tindakan itu adalah berdasarkan data yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan sesi libat urus di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek Melaka hari ini.

JPA dalam satu pekeliling sebelum ini mewajibkan penjawat awam termasuk guru untuk mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi sebelum 1 November, atau mereka boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

Radzi berkata, tindakan itu perlu diambil bagi memastikan guru bersama Kementerian Pendidikan dapat mewujudkan persekitaran yang selamat kepada murid dan pelajar sekolah ketika negara masih berdepan ancaman COVID-19.

“Jadi kita kena faham bahawa guru ini sentiasa bersama dengan murid. Selain melibatkan murid ia juga melibatkan ibu bapa.

“Jadi (amat penting) untuk guru-guru ini bersama dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan persekitaran selamat dan meyakinkan ibu bapa bahawa sekolah ini adalah satu persekitaran selamat. Maka amat penting untuk guru-guru memastikan bahawa mereka divaksinkan,” katanya.

Sementara itu Radzi berkata, kira-kira 1.3 juta pelajar hadir ke sekolah hari ini sejak pembukaan sekolah secara berperingkat-peringkat beberapa minggu lalu.

Katanya, ia membabitkan kira-kira 690,000 murid sekolah rendah dan sekitar 600,000 murid sekolah menengah hadir.

“Kemasukan berperingkat ini membolehkan kementerian mengawal dan memantau keadaan di sekolah bagi memastikan keadaannya teratur dan selamat bagi kehadiran murid ke sekolah,” katanya. – SB