Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tidak serik, ‘Minah Saleh’ buat hal lagi -

[VIDEO] Tidak serik, ‘Minah Saleh’ buat hal lagi

TINDAKAN seorang ‘minah saleh’ yang baru-baru ini tular menimbulkan kekecohan cuba memasuki sebuah butik di Suria KLCC tanpa memakai pelitup muka sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mengulangi insiden sama.

Insiden itu kali ini berjaya dirakam seorang pengguna Twitter dan video yang berdurasi 20 saat itu menunjukkan pertengkaran antara wanita warga asing berkenaan dengan pihak pengawal apabila cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.

Tindakan wanita berkenaan yang dilihat mengulangi perkara sama mengundang kecaman netizen malah ada yang meminta agar dia kembali pulang ke negara asalnya.

Sebelum ini, tindakan wanita warga asing itu turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut tidak bersetuju dengan tindakan wanita terbabit.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Wanita warga asing dikecam kerana enggan patuhi SOP

Mengambil pepatah Inggeris, ‘Bila di Rome, lakukan seperti orang Roman’, Khairy meminta setiap individu untuk sentiasa mengenakan pelitup muka tanpa mengira perbezaan peraturan di tempat atau negara lain.

Dalam pada itu, sebahagian besar warganet memuji tindakan tegas pasukan pengawal berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Sebelum ini, wanita warga asing itu mendakwa individu yang memakai pelitup muka sebagai komunis selain meminta keistimewaan sebagai individu yang berkulit putih. – SB