Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia beli 88 juta dos ketiga -

Malaysia beli 88 juta dos ketiga

KERAJAAN menandatangani perjanjian perolehan bekalan pelalian meliputi 88 juta dos atau lebih 140 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bekalan vaksin berkenaan cukup untuk menampung pengagihan suntikan imunisasi asas dan pemberian dos ketiga untuk semua penduduk Malaysia berusia 12 tahun ke atas.

Bagi memastikan ‘peperangan’ menentang pandemik berupaya diharungi, katanya, kerajaan bercadang untuk melaksanakan pembelian ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai jenis virus, termasuk COVID-19.

“Mengambil kira kepentingan sektor kesihatan awam, Bajet 2022 memperuntuk RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, iaitu dana kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan.

“Peperangan menentang COVID-19 belum berakhir. Justeru, tambahan RM4 bilion disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani COVID-19 yang merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi.

“Manakala RM2 bilion lagi untuk tingkatkan kemudahan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, peralatan pelindung diri (PPE) dan kit kesihatan.

“Malah, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga, sebagai vaksin penggalak kepada semua dewasa di samping meneruskan imunisasi kepada individu berusia 12 hingga 17 tahun,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022, di Dewan Rakyat, hari ini. – SB