Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Covid-19: 1,300 penuntut kejururawatan di Perancis berhenti -

Covid-19: 1,300 penuntut kejururawatan di Perancis berhenti

KIRA-KIRA 1,300 penuntut kejururawatan di Perancis mengambil keputusan untuk berhenti akibat keletihan melampau, di tengah-tengah pandemik COVID-19, menyebabkan berlaku kekurangan staf di hospital, kata Menteri Kesihatan, Olivier Veran pada Khamis.

Laporan Majlis Saintifik Perancis yang dikeluarkan awal Oktober mendedahkan bahawa 20 peratus atau satu daripada lima katil di hospital awam tidak dapat digunakan akibat kekurangan kakitangan.
Beliau berkata sekitar 1,300 pelajar kejururawatan itu berhenti antara 2018 sehingga sekarang, lapor Agensi Anadolu.

Antara punca kepada masalah berkenaan, katanya kebanyakan penuntut itu memulakan latihan amali mereka ketika gelombang pertama pandemik COVID-19 melanda.

Tambahnya, mereka keletihan kerana ramai terpaksa membatalkan cuti dan tidak mempunyai cukup masa untuk berehat.

Menurut laporan majlis saintifik itu, hospital di Perancis mengalami kekosongan dalam lima profesion: jururawat, anestesiologi, juruteknik radiologi dan ahli fisioterapi.

Veran berkata krisis itu bukan hanya berlaku di Perancis malah banyak negara lain di seluruh Eropah juga berdepan isu yang sama kesan daripada gelombang pandemik. – Bernama