Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Bajet 2022: Kerajaan bantu anak yatim akibat Covid-19 -

[VIDEO] Bajet 2022: Kerajaan bantu anak yatim akibat Covid-19

SEJAK wabak Covid-19 menjengah ke tanah air kita, lebih 4,700 anak-anak telah kehilangan ibu bapa akibat virus yang membawa maut tersebut.

Nasib anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19 turut diberi perhatian dalam Bajet 2022, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut beliau, pada 2022, kerajaan menyediakan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak tersebut.

“Sebagai Keluarga Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak ini terus terjaga.

“Perdana Menteri telah berkesempatan melawat anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 pada 16 Oktober lalu. Seluruh negara turut melahirkan simpati kepada nasib anak-anak ini.

“Kepada Muhammad Hadhrami, Husna Humaira, Muhammad Harraz, Muhammad Hawwas dan Hannan Humaira serta anak-anak yatim lain, kami semua sentiasa ada untuk menjaga kamu semua,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan turut menggesa badan-badan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat malah syarikat korporat untuk memainkan peranan bersama.

“Ia bagi memastikan kebajikan dan masa depan anak-anak ini terus terpelihara, supaya semua dapat hidup bersama sebagai satu keluarga tanpa terpisah dan dapat membina masa hadapan yang cerah,” ujar beliau lagi. – SB